(Video) Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah, Sampai Kepala Berdarah
Dipercayai akibat daripada konflik rumahtangga menyebabkan lelaki ini bertindak luar kawalan. Pilu, pengorbanan seorang ibu dalam menuntut hak penjagaan anak dibalas dengan kekejaman apabila bekas suaminya bertindak memukul wanita ini dan ayahnya ketika pulang daripada mahkamah.
Tular satu video rakaman CCTV di mana seorang lelaki bertindak agresif memukul bekas ayah mentuanya dan isterinya tular di media sosial.
Kehendaknya hanya untuk melindungi anak-anak daripada bekas suaminya yang bertindak agresif sejak dua menjak ini. Bukan sahaja berkelakuan memukul bekas isterinya, tetapi juga sudah bertindak mengakasari kedua ibu bapa wanita ini.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa walaupun sudah berkali mencuba mendapatkan pertolongan daripada pegawai polis dan mahkamah. Memandangkan, saya ibu tunggal dan kurang ilmu mengenai ini, tiada bantuan pun yang diterima,” kata wanita ini di laman Facebooknya.
“Dia tetap bertindak kasar setiap kali saya pulang daripada mahkamah”
Wanita ini jelaskan kejadian yang berlaku ini bukan hanya sekali. Hampir setiap bulan, dia dan keluarga akan pergi buat laporan polis dan ke hospital. Sudah banyak sangat laporan yang dibuat namun tiada tindakan undang-undang.
Kejadian ini berlaku selepas pulang dari mahkamah untuk tuntutan hadhanah dan mutaah.
Nak dijadikan cerita, tayar keretanya pancit lalu bekas suaminya ikut dari belakang dan awalnya bekas suaminya tawarkan pertolongan tetapi masih mengeluarkan kata-kata kesat. Dengan segera mereka beredar dari tempat tersebut namun masih ikuti oleh lelaki tersebut.
Setibanya mereka di sebuah bengkel, bekas suaminya bertindak memukul kepala lelaki warga emas yang dipercayai ayah kepada wanita ini.
Apapun, wanita ini mengharapkan ada tindakan untuk membela dirinya dan anaknya.
Sumber: Facebook
No comments: