Perkara Ini Dapat Menyamai Amalan Orang Yang Solat Tahajud Dan Berpuasa
(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Hannan Attaki)
Apakah perkara yang dapat menyamai amalan berpuasa dan solat malam?
Ia adalah akhlak, iaitu akhlak yang baik.
Rasulullah SAW bersabda,
“Seorang mukmin sesungguhnya akan dapat meraih keutamaan darjat orang yang rajin berpuasa dan rajin solat malam disebabkan dengan akhlaknya yang baik” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud – Hadis Sahih)
Ini kerana orang yang mempunyai akhlak yang baik akan menjaga banyak perkara.
Orang yang hanya melakukan hal yang wajib, namun akhlaknya dijaga maka amalannya seolah-olah sama darjat dengan orang yang sudah melakukan ibadah bertahun-tahun.
Apabila bercakap tentang akhlak, ia bukan hal yang kecil. Kerana apabila seseorang itu menjaga akhlak, dia tidak akan menyakiti orang lain. Dia menjaga akhlak dalam urusan lisan, tangan, dan sebagainya.
Inilah perkara yang sentiasa ditekankan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Sesungguhnya baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Apabila kita telah mengamalkan akhlak yang baik, maka kita hampir kepada Nabi SAW dan apa yang telah diseru oleh baginda SAW. Wallahuaa’lam.
No comments: