Ads Top

Ini Yang Sering Dilakukan Blackpink Bila Ada Masa Lapang..

Cukup dikenali di serata dunia dengan muzik dan lagu rancak mereka, pastinya peminat nak tahu apa yang gemar dilakukan ahli kumpulan Blackpink bila mereka mempunyai masa terluang.

Walaupun cukup sukar untuk ada masa senggang disebabkan kesibukan kerja mereka, namun Lisa, Jisoo, Rose dan Jennie tetap memperuntukkan masa untuk bersantai bersama.

Lisa mewakili ahli kumpulannya berkata mereka gemar menikmati makanan ringan pada waktu malam dan menonton filem di rumah bersama-sama sehingga lewat malam.

Blackpink ditubuhkan oleh syarikat pengurusan YG Entertainment pada 2016 dan mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat menerusi lagu hits, Ddu-Du Ddu-Du dan Kill This Love. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.