Ads Top

Alafasy Live in Malaysia – Bersama Sheikh Misyari Rasyid Al-Afasyi Di PWTC Petang Ini

Jika anda sering mendengar bacaan dan alunan ayat Al-Quran dari Youtube, di aplikasi-aplikasi Muslim, atau di radio-radio, suara alunan ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Misyari Rasyid Alafasy pasti tidak asing lagi.

Nama penuh beliau ialah Syeikh Meshaari Rashid Ghareeb Mohammed Rashed Al-Affasi. Beliau adalah seorang qari’, munsyid, hafiz, dan imam yang berasal dari Kuwait. Beliau pernah menjadi imam Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah serta penerima anugerah Arab Creativity Oscar Pertama oleh Arab Creative Union yang ditaja oleh Setiausaha Jeneral Liga Arab Amr Mousa.

Beliau yang kini berusia 43 tahun, masih aktif memimpin dan menjadi imam Solat Taraweh pada setiap tahun di Masjid Agung Al-Kabir Kota Kuwait.

Bercakap tentang latar belakang pendidikan pula, Sheikh Misyari pernah melanjutkan pengajian di perguruan tinggi Al-Quran dan juga di Univeristi Madinah Al-Munawwarah dalam pengkhususan 10 bacaan Al-Quran. Ekoran pengalaman yang mendalam dalam bidang ini, beliau turut mendapat pentauliahan oleh ulama’-ulama’ dalam bidang Al-Quran.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan 9 album nasyid . Lagu nyanyian yang paling terkenal ialah ‘Rahman ya Rahman’ yang mencatatkan 129 juta tontonan.

Menariknya, pada petang ini anda berpeluang untuk mendengar secara langsung suara merdu beliau dalam ‘Tour Alafasy Live in Malaysia’ bertempat di PWTC, Dewan Tun Abdul Razak 2.

Acara tersebut akan bermula pada jam 6 petang dan selesai pada pukul 10 malam. Berikut merupakan tentatif acara ini:

6.00 – Pendaftaran
6.30 – Seminar Jari Tajwid -Ustaz Hisham Jasmin (Pengasas JT)
7.30 – Solat Maghrib berjemaah
8.00 – Tazkirah Malam Jumaat
8.40 – Solat Isya berjemaah bersama Sheikh Misyari Rasyid Al-Afasy
9.00 – Program Eksklusif Bersama Sheikh Misyari Rasyid Al-Afasy
* Tadabbur/Tahsin Al-Quran
10.00- Penutup dan bersurai

Bukan itu sahaja, beliau juga akan berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya esok bagi mengimamkan solat Jumaat serta menyampaikan tazkirah.

Bagi orang ramai yang ingin menyertai acara pada petang ini, boleh terus mendaftar melalui laman web rasmi Alafasytour.com




No comments:

Powered by Blogger.