Ads Top

IG Live Dengan Aliff, Bella Bukan Nak Bagi Harapan Rujuk Semula

Pelakon, Bella Astillah tidak melihat isunya masih berhubungan baik dengan bekas suami, Aliff Aziz perlu diperbesarkan seperti yang diperkatakan netizen, baru-baru ini.

Warganet menyifatkan tindakan Bella yang dilihat masih lagi berkomunikasi secara langsung dengan Aliff menerusi aplikasi IG Live seperti gila talak dan masih belum ‘move on’.

“Netizen semua ada pendapat masing-masing. Tak kisah kalau ada orang yang tak suka ke apa, mereka boleh keluar meninggalkan (left) IG Live saya.

“Saya ada sebab buat IG Live dengan Aliff sebab saya tahu situasi dengan macam mana sekarang ini.

“Aliff berada dalam keadaan yang sentiasa ‘down’ dan saya gunakan ini sebagai salah satu cara untuk menaikkan semangat dia.

“Bella sendiri pelawa dia untuk ‘join’ IG Live supaya dia jadi lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang.

“Kalau orang lain tak sokong dia siapa lagi kan..lagipun dia bapa kepada anak saya. Orang anggap saya ,buat IG Live ibarat seperi nak bagi harapan (untuk berbaik semula) tapi yang sebenarnya saya cuma nak bagi sokongan moral pada Aliff, tiada niat lain,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Food Festival yang berlangsung di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Bella juga mendedahkan dia hubungan baiknya bersama bekas suami adalah demi kebahagiaan anaknya.

“Saya memang kerap buat panggilan video dengan Aliff bila setipa kali Adrean rindu pada ayahnya. Saya memang tidak tetapkan spesifik masa untuk Aliff berhubung dengan anak kami. Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri.

“Aliff pun sekarang semakin rajin pergi kelas agama dan mengaji sebab saya cakap pada dia benda-benda begitu yang akan membawa dia ke arah kebaikan. Walaupun kami sudah berpisah, saya tidak mahu kami putus kawan,” jelas Bella lagi.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 namun disahkan bercerai pada 16 Mei lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.