Ellie Goulding Gaya Empat Persalinan Mewah Di Majlis Resepsi
Penyanyi Ellie Goulding mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, ahli perniagaan, Caspar Jopling, 27, pada hujung minggu lalu di Gereja York Minster, Yorkshire Utara, United Kingdom.
Majlis perkahwinan Ellie, 32, dilihat cukup meriah dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Katy Perry, Orlando Bloom, Sienna Miller dan James Blunt yang turut sama menghangatkan majlis pasangan itu.
Yang menariknya, Ellie telah menggenakan sebanyak empat gaun persalinan mewah rekaan pereka fesyen terkenal seperti jenama Chloe yang mana ia mengambil masa selama 640 jam untuk dihasilkan.
Selain gaun Chloe, penyanyi Love Me Like You Do itu turut memakai gaun rekaan Stella McCartney yang kelihatan mirip seperti gaun perkahwinan isteri Putera Harry, pelakon Meghan Markle yang mendapat sambutan ketika majis diraja itu yang berlangsung pada Mei tahun lalu.
Selain gaun Chloe dan Stella McCartney, Ellie turut menggayakan dress rekaan Ralph & Russo dan Balmain untuk parti pada malam hari selepas majlis resepsi yang diadakan pada waktu tengahari. – KopiPlanet.com
The post Ellie Goulding Gaya Empat Persalinan Mewah Di Majlis Resepsi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: