Ads Top

Berang Tak Dapat Main PUBG, Lelaki Didakwa Kerat Mayat Bapa Guna Pisau Pemotong Daging

Kerana ketagihan untuk bermain permainan video PUBG, lelaki ini sanggup membunuh ayahnya sendiri yang enggan memberi wang tambah nilai untuk internet telefonnya.

Lelaki ini berusia dalam lingkungan 25 tahun merupakan seorang pelajar dan menghabiskan masanya dengan bermain permainan video PUBG.

Pada hari kejadian, anak dan bapa ini didakwa ada pergaduhan kecil di mana bapanya enggan memberinya menggunakan telefon sepanjang hari dan tidak memberinya wang saku untuk tambah nilai prepaidnya.

Berang dengan ayahnya, pemuda dari negara Bangalore ini bertindak mengunci ibunya di bilik dan bertengkar dengan bapanya hingga meragut nyawa. Dia melakukan tindakan tersebut dengan menggunakan pisau pemotong daging yang tajam dan mengerat tubuh bapanya kepada beberapa bahagian.

Jiran yang terdengar pertelingkahan tersebut bergegas menelefon untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Setibanya polis di kediaman mereka, lelaki tersebut ditahan polis sambil menjerit kuat ayahnya telah terbunuh akibat perbuatannya.

Polis menyifatkan tindakan pemuda ini disebabkan ketagihan melampau bermain PUBG.

Sumber: Bangalore Mirror




No comments:

Powered by Blogger.