Ads Top

Belum Umum Hamil, Fasha Belajar Daripada Kesilapan Dahulu – Elisya Sandha

Teka-teki mengenai status sama ada pelakon Fasha Sandha sudah berbadan dua masih belum terjawab apabila aktres itu belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Ketika ditanya kepada adiknya, Elisya Sandha mengenai hal itu, pelakon tersebut mengunci mulutnya daripada memberikan sebarang penjelasan lanjut.

“Saya tahu dia tak nak beritahu apa-apa tapi Alhamdulillah apa-apa pun saya tetap gembira untuk Kak Fasha. Akan tiba masanya bila dia dah betul-betul bersedia dan yakin yang kandungan itu memang betul-betul ada, baharu dia akan umumkan pada semua orang.

“Mungkin dia jadi lebih berhati-hati sebab sebelum ini dia pernah buat silap, dia baharu mengandung dan disebabkan terlalu teruja dia terus beritahu kepada orang ramai.

“Allah nak uji dia dan jadi macam itu (gugur). Jadi mungkin kali ini dia belajar daripada kesilapan dia sendiri,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elisya ditemui pada majlis sidang media Food Havoc Festival yang berlangsung di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi festival makanan itu, Elisya, 20, akan menjual biskut jenamanya sendiri. Selain Elisya, antara barisan selebriti yang terlibat dalam penjualan produk mereka ialah seperti Bella Astillah, Ruhainies, Mawi, Achey Bocey, Nadia Brian, Fendy Bakry, Hafreez Adam dan Izzue Islam.

Havoc Food Festival yang dianjurkan Guam Teamwork Sdn Bhd itu akan berlangsung di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam bermula 1 hingga 3 November ini. Sebanyak lebih daripada 100 gerai jualan makanan dan minuman akan diniagakan pada festival tiga hari itu. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.