Ads Top

Al Fatihah..Yazit Search Meninggal Dunia Akibat Kerosakan Otak

Bekas pemain dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad, 57, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.53 pagi tadi akibat komplikasi kerosakan otak.

Perkara tersebut disahkan oleh rakan baik Allahyarham, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan kepada pihak media.

Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL, awal pagi Selalu selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR).

Pemuzik itu mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi di Taman Melati untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan isteri Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak termasuk seorang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Ramlah.

Yazit merupakan pengasas kumpulan Search yang ditubuhkan pada 1981. Band rock itu cukup popular dengan lagu Isabella, Pawana, Kejoraku Bersatu dan Fantasia Bulan Madu. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.