(Video) ”Tak Pernah Condo Ada Waterfall,” Netizen ‘Teruja’ Beli Rumah 500K Dapat Pakej Taman Tema Air
Harga rumah yang melambung tinggi, menyebabkan ramai yang berhempas pulas untuk memilikinya. Bukan sahaja dari segi persekitaran, malah struktur rumah yang dibeli tanpa adanya kerosakan sangat dititikberatkan.
Namun, lain pula yang berlaku apabila sebuah video tular di media sosial memaparkan ‘air terjun’ di tingkat 16 sebuah kondominium baru yang terletak di Shah Alam.
Melalui video yang berdurasi 7 saat, kelihatan air deras turun daripada tangga sehingga memenuhi semua ruangan kawasan itu.
Difahamkan, harga kondominum yang dibeli tersebut mencecah RM500K namun orang ramai merasa sangsi akan tahap keselamatan sekiranya mereka mendiami kondominium berkenaan.
Meanwhile at one of our team members’ condo in Shah Alam. This is from level 16. Beli rumah harga nearly 500k to face this apa pun, safety first! Stay indoor please.#banjir pic.twitter.com/pY6c8LuoJo
— MinimaLINK (@LinkitMy) August 15, 2019
Kat atas air terjun, kat bawah dah jadi tasik
Macam gelongsor air
Rumah 500K free taman tema air
Namun, terdapat netizen yang mendakwa bahawa air deras yang turun dari tangga kondominum berkenaan berkemungkinan berpunca oleh tangki air yang pecah.
Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan komen seorang netizen yang mendakwa perbuatan tersebut adalah satu bentuk sabotaj. Melalui gambar yang disertakan, kelihatan paip air pecah pada tingkat 21 kondominum berkenaan.
Menurutnya, paip UPVC tersebut tidak mudah dipecahkan melainkan dengan niat individu yang sengaja melakukan perkara tersebut.
Air deras macam dari ‘water tank’
Satu tindakan sabotaj
Walaupun begitu, perkara ini masih belum dapat dipastikan. Moga pihak pengurusan dan penduduk dapat menyelesaikan isu ini bimbang jika kejadian yang lebih buruk berlaku.
Sumber : MinimaLINK
No comments: