Ads Top

“Bagi Saya, Sesiapa Sahaja Menghina Anggota Tentera, Mereka Adalah Musuh Negara” – Mat Sabu

Berikutan tular kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan baru-baru ini,  secara tidak langsung ia disifatkan telah menggugat profesinalisme dan kredibiliti anggota tentera sehingga boleh mencetuskan kebencian terhadap pasukan di barisan hadapan negara ini.

Terpalit dengan isu berkenaan, Menteri Pertahanan Negara, YB Mohamad Bin Sabu akhirnya tampil memperjelaskan.

Berdasarkan ucapannya ketika Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, individu yang menghina anggota tentera merupakan musuh rakyat dan negara.

Pernyatan tersebut juga telah dikongsikan oleh beliau sendiri melalui laman Twitter miliknya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurutnya, rakyat tidak menyedari peranan angkatan tentera kerana negara berada dalam keadaan yang aman. Tambahan lagi, anggota tentera juga turut berperanan untuk mengendalikan urusan-urusan kecemasan yang tidak mampu ditangani oleh agensi lain tidak kiralah di dalam mahupun luar negara.

Turut diselitkan dalam ucapannya itu, telah banyak pengorbanan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh taat setia.

Sejarah yang telah berlalu meletakkan angkatan tentera Malaysia dari pelbagai cabang begitu harum dibanggakan dan amat dihormati.

Walau bagaimanapun, angkatan tentera dilihat sebagai pasukan di barisan hadapan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia. Pengorbanan dan jasa anggota tentera yang lalu perlulah dihargai dan bukanlah direndah-rendahkan martabat mereka.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia, MSabu_Official




No comments:

Powered by Blogger.