(Video) Pekerja Dipaksa Makan Anak Ikan Hidup-Hidup ‘Dicelup’ Darah Ayam Gara-Gara Tak Capai KPI
Setiap pekerjaan mempunyai sasaran atau piawaian yang ditetapkan untuk dicapai bagi setiap pekerja. Jika pretasi kerja tidak memuaskan, tindakan seperti amaran bertulis akan dikeluarkan supaya pekerja berusaha meningkatkan pretasi mereka.
Namun, lain pula yang berlaku di sebuah syarikat pembinaan di Guizhou apabila mengenakan tindakan yang dianggap keterlaluan kepada setiap pekerjanya bagi menghukum mereka kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
Melalui sebuah video yang tular di media sosial, setiap pekerja dilihat terpaksa menelan anak ikan hidup yang diberikan oleh seorang lelaki. Malah, apa yang lebih menjijikkan, anak ikan itu dikatakan ‘dicelup’ dengan darah ayam sebelum ditelan.
Menurut laporan tempatan, pihak syarikat berkenaan menafikan tindakan mereka terhadap pekerja adalah sebagai sesuatu yang salah. Menurut mereka, semua pekerja terlibat secara sukarela tanpa adanya paksaan.
Difahamkan, banyak syarikat di China berjaya ‘melepaskan’ diri daripada dikenakan penalti kerana menghukum pekerja dengan cara yang kejam. Pihak syarikat mendakwa bahawa pekerja melakukan ‘secara sukarela’ hukuman yang diberikan sebelum ini seperti merangkak di atas jalan, meminum air tandas dan sebagainya.
Sumber : shanghaiist
No comments: