Misteri Kerusi Bergerak Sendiri Undang Rasa Seram, Gadis Tampil Jelaskan Segala Spekulasi
Sebagai seorang manusia, kita sering didedahkan dengan pelbagai kisah seram yang berlaku di sekeliling kita. Perkara ini dikaitkan dengan unsur-unsur mistik yang jelas membuatkan kita berada di dalam ketakutan.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu rakaman seram yang memaparkan kerusi kayu di dalam sebuah makmal bergerak dengan sendirinya. Kerusi tersebut yang digantung pada meja merupakan satu-satunya kerusi yang kelihatan berhayun sedangkan kerusi lain tidak menunjukkan sebarang pergerakan.
Rakaman tersebut bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kejadian seram tersebut. Ketakutan orang ramai terhadap kejadian seram tersebut kembali reda apabila seorang pengguna Twitter tampil memberi penjelasan mengenai pergerakan kerusi tersebut.
Kaya gini maksudnya? pic.twitter.com/lqRPwHImc0
— Ly (@Sherlyyy23) July 31, 2019
Berdasarkan rakaman video tersebut, misteri kerusi bergerak dengan sendirinya terungkai apabila mendapati pergerakan tersebut adalah disebabkan daya hayunan ketika kerusi itu disangkut pada meja. Kejadian kerusi bergerak ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur mistik.
Sumber: Sherlyyy23
No comments: