(Video) Ingatkan Kaki Gerak Selang Seli, Rupanya Macam Ni Ulat Gonggok Berjalan
Ulat gonggok seringkali menjadi mainan kita sewaktu kanak-kanak disebabkan tindak balasnya yang akan ‘menggulung’ dirinya sendiri apabila disentuh.
Ia juga sering dikaitkan dengan lipan kerana rupa bentuknya yang seakan sama dengan haiwan berbisa itu, cuma ulat gonggok biasanya lebih kecil, tidak berbisa dan mempunyai lebih banyak kaki.
Menurut laman Thought Co., seekor ulat gonggok biasanya mempunyai sekitar 700 hingga 750 kaki yang mana ia menghala ke bawah dan bergerak secara berpasangan.
Bercakap mengenainya, selama ini pasti ramai yang menganggap kaki ulat gonggok bergerak selang seli antara kaki kiri dan kaki kanan sama seperti kebanyak haiwan berkaki lain.
Namun hakikatnya, ulat gonggok bergerak dalam gaya seolah-olah melompat seperti dalam video di bawah.
Shadow of a millipede walking pic.twitter.com/kjRrT2gYlg
— The Unexplained (@Unexplained) August 22, 2019
Sebenarnya, kaki ulat gonggok ini digerakkan secara berpasangan dan setiap pasangan kakinya akan bergerak ke atas dan kebawah secara bersama-bersama.
Melihat pada video di atas, pergerakan kaki ulat gonggok menghasilkan bentuk seperti alunan gelombang menerusi bayang-bayang yang kelihatan.
Sumber: The Unexplained, Thought Co.
No comments: