Ads Top

Tular Kumpulan Kanak-Kanak Didakwa Sengaja Baring Atas Jalan Raya, Baling Objek Ke Arah Kereta

Hari ini tular satu video di laman twitter tentang satu insiden yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak terbabit didakwa sengaja berbaring di tengah jalan seolah-olah cuba untuk ‘menganggu’ kenderaan yang lalu-lalang.

Malah, mereka juga didakwa telah membaling objek ke arah kenderaan yang lalu di situ dan dalam rakaman berdurasi 18 saat tersebut jelas kedengaran bunyi yang kuat seolah-olah ada objek yang ‘menghentam’ kenderaan terbabit.

Kejadian yang dipercayai terjadi di sebuah kawasan di Kuala Lumpur itu dirakam oleh salah seorang penduduk di situ yang kemudiannya memuatnaik video berkenaan di media sosial.

Namun ketika kanak-kanak itu ditegur, salah seorang dari mereka kelihatan berang dan mengeluarkan kata-kata kesat berulang kali kepada individu yang merakam video berkenaan.

Tidak berhenti di situ, kanak-kanak berbaju merah menendang barang-barang di situ seakan-akan menzahirkan ketidakpuasan hatinya.

Justeru, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mengkritik perilaku kumpulan kanak-kanak itu yang didakwa sebagai perbuatan khianat.

Tindakan kumpulan kanak-kanak itu mungkin akan menyebabkan kemalangan jalan raya.

Tidak ketinggalan ada di antara netizen yang mengatakan bahawa perbuatan seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan memberontak sememangnya tidak patut dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka.




No comments:

Powered by Blogger.