The Rock Akhirnya Mendirikan Rumah Tangga Dengan Kekasih
Setelah 13 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon popular Dwayne Johnson atau The Rock akhirnya mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Lauren Hashian.
Perkahwinan tersebut berlangsung menerusi satu acara secara rahsia di Hawaii pada 18 Ogos lalu dan ia langsung tidak diketahui oleh pihak media dan peminat.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagram miliknya, The Rock dan Lauren dilihat berbusana serba putih dan kelihatan cukup gembira.
Sebelum ini, The Rock pernah berkahwin dengan Dany Garcia pada tahun 1997, namun mengambil keputusan untuk bercerai 10 tahun kemudian.
Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mendakwa punca utama penceraian mereka adalah disebabkan orang ketika iaitu Lauren.
Malah, dalam satu temubual bersama majalah Esquire pada tahun 2015, The Rock menyatakan dia dan Lauren sudah bercinta selama sembilan tahun. Ia bermakna mereka bercinta sejak tahun 2006 dan The Rock bercerai dengan isterinya setahun kemudian.
Sepanjang menjalinkan hubungan cinta selama 13 tahun tanpa ikatan perkahwinan The Rock dan Lauren telah dikurniakan dua orang anak. – KopiPlanet.com
The post The Rock Akhirnya Mendirikan Rumah Tangga Dengan Kekasih appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: