“Setiap Kejadian Berlaku Jam 3.30 Pagi,” Peguam Tak Boleh Lupa Gadis Dirogol Bapa Tiga Tahun, Ibu Sendiri Tak Percaya
Sumbang mahram adalah satu istilah bagi menggambarkan perbuatan yang berkaitan dengan salah laku seksual yang dilihat sebagai sesuatu yang jijik dan terkutuk dalam masyarakat.
Jijik dan kotornya ia kerana perbuatan terkutuk ini melibatkan jenayah secara seksual, seperti rogol, pencabulan dan kelucahan yang dilakukan dalam kalangan sesama ahli keluarga yang mempunyai pertalian kekeluargaan secara dekat.
Seperti perkongsian oleh seorang peguam, Aminahtul Marrdiah, yang berdepan dengan pengalaman menangani kes sebegini ternyata menyentak hati yang membaca. Di usia 10 tahun, anak kecil itu sudah dinodai oleh bapa kandungnya selama tiga tahun.
Lebih meruntun hati, ibu serta mereka yang berada di sekeliling bukan sahaja tidak mempercayai suara anak kecil ini yang meminta pembelaan malah dituduh sebagai sengaja merekakan cerita. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Sebak!
Saya takkan boleh lupa macam mana mangsa rogol oleh bapa sendiri menangis di mahkamah.
Usia 10 tahun sudah dirogol selama 3 tahun oleh bapa
Bayangkan usia baru 10 tahun ketika tu dah dah dirogol selama 3 tahun oleh bapanya. Dipaksa menonton video lucah dan di ajar bagaimana memuaskan nafsu lelaki tanpa anak kecil ni faham akibatnya.
Apa yang mangsa tahu, kalau dia melawan dan kalau dia lari dari rumah tu, adik perempuannya pula jadi mangsa nafsu rakus ayahnya. Jadi setiap malam dia duduk dalam biliknya menunggu binatang bertopengkan manusia tu muncul dalam biliknya.
Nampak ayah masuk dalam bilik adik
Mangsa ingat setiap kejadian yang terjadi berlaku pada jam 3.30 pagi & mangsa tidak pernah dapat tidur lena sepanjang 3 tahun tersebut. Satu hari, mangsa nampak ayahnya masuk ke bilik adiknya. Mangsa menjerit dan jeritan tersebut membuatkan ibunya bangun. Mangsa lari dan sembunyi di rumah jirannya malam tersebut bersama adiknya.
Ibu tak percaya, cakap ‘buat cerita’
Malangnya, ibu mangsa tak percaya mangsa di rogol. Jiran mangsa juga kata mangsa buat cerita sebab ayah mangsa orang kuat masjid. Tak mungkin ayah mangsa merogol. Mangsa dipukul teruk oleh ibu dan ayahnya kerana “buat cerita.”
Cikgu bantu buat laporan polis
Pukulan tersebut membawa perubahan dalam hidup mangsa yang di panggil guru kaunseling dan ditanya kenapa mukanya lebam-lebam. Mangsa luahkan segalanya dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dengan bantuan guru kaunseling.
Cerita perincian setiap kejadian dalam pertuduhan dapat di jelaskan tanpa gentar oleh mangsa. Mangsa adalah lambang kekuatan dan “survival” seorang gadis yang sangat sayangkan adiknya. I wish her well. I wish more victims will come forward.
I wish victims will be brave to stand up for themselves. I wish adults and friends who knew of any rape or sexual offences stories will help the victim to come forward. We need more people to fight against sexual offender to save our victims.
Ayah kena penjara dan sebatan
Rata-rata pengguna media sosial turut.
Bekas jiran ada pengalaman macam ni
Mangsa berdiam diri bila jadi mangsa tapi berani bersura bila melibatkan adiknya
Sayang macam mana dekat suami, ibu tolong siasat dulu
Semoga adik itu diberi kekuatan
Bagi sesiapa yang pernah mengalami kejadian rogol/liwat/ cabul diminta menghubungi Puan Aminahtul Marrdiah di @minmdnor untuk mendapatkan bantuan.
Sumber : minmdnor
No comments: