Kantoi Diet, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20Dayschallenge
Siapa yang tidak kenal dengan Shaheizy Sam, seorang pelakon yang sentiasa boleh mengubah bentuk badan mengikut watak lakonan beliau.
Bermula daripada seorang pesakit menerusi Pinjamkan Hatiku kepada jejaka abang sado dalam filem Polis Evo, baru-baru ini dia telah mengajak seramai 33 peminat yang terpilih untuk #20DaysChallenge.
Ia adalah satu program bersama-sama peminat untuk menurunkan berat badan dalam masa 20 hari kerana dalam sedikit masa lagi dia akan turun ke set penggambaran Polis Evo 3.
Bagaimanapun, niat Sam untuk menurunkan berat badan kali ini bersama peminatnya ‘diperlekeh’ isterinya sendiri iaitu pelakon Syatilla Melvin.
Syatilla telah memuat naik beberapa video Sam kantoi diet di dalam instagramnya. Rata-rata natizen terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Syatilla, malah Sam juga meninggalkan komen untuk isterinya itu.
Namun begitu, Sam tetap kekal positif dan percaya dia bersama-sama 33 peserta #20DaysChallenge akan dapat menurunkan berat badan.
Sam juga menyatakan penentuan peserta #20DaysChallenge pada 26hb Ogos akan datang. Jom kita ramai-ramai saksikan apa akan terjadi. – KopiPlanet.com
The post Kantoi Diet, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20Dayschallenge appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: