Ads Top

Fikry Ibrahim Kesal Dikecam Netizen Kerana Babak Bersentuhan Dalam Drama

Nama pelakon Fikry Ibrahim, 25, kembali menjadi perhatian selepas drama lakonannya, Kau Yang Pertama menjadi bualan peminat setianya.

Terbaharu, Fikry dikecam sesetengah netizen gara-gara babak bersentuhan yang dijayakannya bersama pelakon wanita dalam siri terbabit, bercanggah dengan prinsipnya yang sebelum ini dikatakan tidak akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

Menjelaskan perkara itu, Fikry berkata, “Saya nak jelaskan yang kenyataan saya sebelum ini telah disalah faham. Apa yang saya cakap sebelum ini ialah saya tidak akan muat naik gambar wanita tidak bertudung di Instagram saya.”

“Saya juga ada cakap yang saya akan cuba sedaya mungkin untuk tidak bersentuhan (dengan pelakon wanita), bukan saya kata saya elak sebab saya tahu saya manusia biasa. Lambat-laun akan tersentuh, sebelum ini pun saya pernah juga tersentuh.

“Bukan nak kata saya bagus cuma bila orang salah ‘quote’ benda tu dan baru-baru ini ‘quote’ itu naik balik, saya rasa agak kesal.

“Daripada sudut komen netizen, saya boleh terima. Lagi dia komen, lagi dia kenal saya. Maksudnya dia ‘update’ dengan kerjaya lakonan saya.

“Cuma sedikit sedih kadang-kadang ada netizen hentam keluarga saya. Kalau saya salah, jangan serang mak ayah saya. Mereka ada yang tulis komen, ‘mak bapa tak ajar ke’. Kalau mak saya baca, tak ke dia sedih?

“Kalau orang lain baca saya tak kisah, ini mak saya, orang yang penting bagi saya. Kalau ada perkara yang saya buat menyinggung perasaan orang di luar sana, saya minta maaf,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri Kau Yang Pertama di Taman Wahyu, Kuala Lumpur semalam.

Drama arahan Hadith Omar itu menyaksikan gandingan Fikry dan Farah Nabilah. Turut berlakon sama ialah Tasha Shilla, Amar Asyraf, Elly Mazlein, Sheila Mambo dan Elyas Abdullah.

Nakshah 28 episod itu ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.