Ads Top

Didakwa Pura-Pura Pesan Makanan, Lelaki Ragut Beg Tangan Di Kedai Makan

Ragut adalah jenayah yang tak asing lagi di negara kita, malah saban hari ada sahaja berita mengenainya dilaporkan.

Namun jenayah ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana sudah ada nyawa yang terkorban ketika cuba untuk menyelamatkan barang mangsa ragut tersebut.

Malah, kebanyakkan mangsa  diragut akan mengalami trauma dan tentunya menimbulkan ketakutan di kalangan orang terdekat terutamanya keluarga.

Malam tadi, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan kejadian ragut dipercayai terjadi di sebuah kedai makan di Kelantan. Video itu diambil dari rakaman litar tertutup CCTV kedai berkenaan.

Pada permulaan rakaman, kelihatan beberapa orang pelanggan sedang menikmati juadah sebelum seorang lelaki berbaju putih sambil memakai helmet masuk ke kawasan kedai tersebut.

Lelaki tadi berjalan menuju ke bahagian kaunter seolah-olah mahu memesan makanan. Namun beberapa saat kemudian, lelaki tersebut dengan pantas mengambil beg tangan seorang wanita yang sedang duduk bersama kawannya.

Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata hingga menyebabkan mereka terpinga sebelum cuba untuk menghalang dan mengejar penjenayah terbabit.

Ruangan komen video itu dibanjiri dengan pelbagai reaksi dan komen dari netizen. Malah ada di antara mereka yang berkongsi tentang pengalaman sendiri.

Pernah disamun ketika hendak pergi ke kerja

Pernah kena ragut masa di kedai makan, pecut bawak lari beg

Bahaya kalau letak beg macam tu masa makan di kedai

Peragut akan terima akibat, tak selamat aniaya orang macam ni

Jangan letak beg macam tu kalau kat tempat terbuka, peragut bukan peduli pasal mangsanya




No comments:

Powered by Blogger.