Ads Top

Brad Pitt Akui Rimas Dengan Kemasyhuran Yang Diterima

Selepas lebih tiga dekad menghambakan diri dalam bidang seni, aktor gred A Hollywood, Brad Pitt, 56, mengakui dia rimas dengan kemasyhuran yang diterimanya.

Menurut bekas suami Angelina Jolie itu, dia tidak menafikan populariti telah menyebabkan banyak peluang lakonan datang kepadanya namun ia harus ‘dibayar’ dengan hak privasinya sendiri.

“Populariti sememangnya memberikan anda peluang untuk lebarkan kerjaya tapi dalam masa yang sama ia sangat merimaskan.

“Selama 15 tahun kebelakangan ini, saya tidak pernah lagi jejak kaki ke lobi mana-mana hotel yang saya menginap sebaliknya masuk dan keluar menerusi laluan rahsia (untuk mengelak diganggu),” katanya.

Nama Brad kembali menjadi perhatian selepas filem lakonannya dengan Leonarda DiCaprio iaitu Once Upon A Time In Hollywood baharu sahaja ditayangkan di Amerika Syarikat. Filem itu diarahkan Quentin Tarantino.

Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Leonardo, Brad mengatakan dia teruja berlakon dengan hero Titanic itu yang sering menceriakan suasana penggambaran.

“Bekerja dengan Leonardo sangat menyeronokkan, dia suka bergurau dan kami sentiasa tertawa sepanjang penggambaran,” ujarnya. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.