(Video) PM Lancarkan Logo Tahun Melawat Malaysia 2020
SEPANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia (VM) 2020.
Logo itu menampilkan pelbagai ikon Malaysia yang dikenal biasa seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.
Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai sebuah destinasi percutian.
Logo beliau dipilih daripada beratus-ratus penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tempoh pertandingan awal tahun ini.
Logo baharu itu menggantikan yang terdahulu dilancarkan di Chiang Mai, Thailand oleh bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempena Forum Pelancongan ASEAN tahun lepas.
New Visit Malaysia 2020 logo launched by PM Mahathir @chedetofficial today pic.twitter.com/v7h9Kq8HYJ
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 22, 2019
Sumber: Bernama
No comments: