Ads Top

Terus Maju… Neelofa Jual Koleksi Merchandise Premium Dari London

Usahawan, pengacara dan pelakon terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor, 30, tampil memperluaskan empayar perniagaannya apabila memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

Neelofa berkata, idea untuk memasarkan merchandise yang terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori tercetus sejak tiga tahun lalu, dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada para belia untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan.

“LofaBrand sangat istimewa kerana saya mahu sesiapa yang memakainya terinspirasi dengan perjalanan karier saya dalam bisnes. Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan.

“Bagaimanapun, koleksi ini tiada kena mengena dengan Naelofar Hijab yang fokus terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (modest wear),” dalam satu kenyataan yang diberikan.

Menurut Neelofa, jenama LofaBrand yang diperkenalkan itu juga cukup istimewa memandangkan semua jenis merchandise dihasilkan di London, United Kingdom.

“Sebenarnya saya mengambil masa selama tiga tahun untuk merealisasikan impian ini kerana mahu mencari pengilang dari luar negara. Justeru, menerusi lawatan ke London tahun lalu, saya bertemu dengan pengilang yang sesuai dengan jenama ini dan menganggap ia masa yang sesuai untuk memulakan jenama ini.

“Setiap merchandise direka dan dihantar terus dari sana. Saya sendiri tidak menyimpan stok di sini. Urusan jual beli juga dijalankan secara online,” katanya lagi.

Neelofa menambah, sebelum ini pernah timbul rasa sangsi untuk meletakkan namanya sebagai jenama merchandise yang diusahakannya itu.

“Saya berfikir panjang sebelum meletakkan nama Lofa sebagai jenama. Saya tertanya sendiri, adakah jenama ini akan kekal lama?

“Namun begitu, saya paksa hati untuk percaya dengan diri sendiri demi melihat jenama ini berjaya,” ujar pengacara MeleTOP ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkannya merchandise premium LofaBrand, ia boleh dibeli terus menerusi laman web www.lofabrand.com. – KopiPlanet.com

The post Terus Maju… Neelofa Jual Koleksi Merchandise Premium Dari London appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.