(Video) Didakwa Merompak Kedai Telefon, Footage ‘The Flash Versi Malaysia’ Sempat Terakam CCTV
Saban hari kita dihidangkan oleh media elektronik mahupun cetak tentang jenayah samun dan rompak yang kian berleluasa. Malah, ada insiden yang melibatkan individu di sekeliling kita. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk penguatkuasaan undang-undang, masih ada mereka yang tegar melakukan jenayah terbabit.
Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai sebuah kejadian samun bersenjata yang didakwa terjadi di sebuah kedai menjual telefon. Menurut sumber, kejadian tersebut terjadi di sebuah kampung di Kota Baru, Kelantan.
Sebenarnya menurut sumber, rakaman CCTV yang berdurasi 42 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pekerja kedai terbabit sedang mengira wang sebelum beliau dikejutkan dengan kehadiran lima orang perompak bersenjata.
Kelima-lima lelaki terbabit memakai topeng dan topi untuk melindung wajah mereka dari dikenali. Lelaki pertama telah menghunuskan pisau kepada mangsa yang dipercayai pekerja kedai tersebut sementara yang lain mengambil barang-barang dari kedai tersebut.
Segalanya terjadi dalam beberapa saat, para perompak tadi kemudiannya segera meninggalkan kedai berkenaan.
The Flash versi Malaysia.
Kejadian dilaporkan terjadi di sebuah kedai menjual handphone di Peringat, Kelantan. pic.twitter.com/3vIFAnlclD
— DSSR (@SanjeevanSS) July 20, 2019
Sumber: SanjevanSS
No comments: