Ads Top

(Video) Abang Rakam Gelagat Geng Adiknya Nyanyi Lagu ‘Kill This Love’ Guna Kon Jalan

Kita tahu zaman teknolgi sekarang mungkin kanak-kanak sudah leka bermain dengan gajet masing-masing ehinggakan tidak bergaul dengan orang sekeliling seperti zaman kanak-kanak 90-an dahulu.

Ingat lagi dahulu bermain pondok-pondok yang dibina oleh ayah untuk bermain dengan rakan-rakan serta mandi sungai lepas balik sekolah dan bermain permainan tradisional untuk berkumpul dengan rakan sebaya yang lain, mungkin zaman sekarang tidak lagi.

Namun, tular satu video di mana sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 4 hingga 9 tahun menghabiskan waktu bermain mereka dengan aktiviti yang paling menarik dan menghiburkan pengguna media sosial yang menonton video tersebut.

Video yang dirakam oleh pemilik akaun Twitter yang bernama Iqmal, di mana merakam gelagat rakan sebaya adiknya yang menyanyikan lagu kumpulan “Blackpink” mengunakan kon merah sebagai prop microfon mereka.

Video berdurasi lebih kurang 1 minit ini menunjukkan jelas sekali sekumpulan kanak-kanak yang menyanyikan lagu kumpulan BlackPink yang berjudul Kill This Love yang menjadi siulan orang ramai masa kini.

Gelagat kanak-kanak yang mencuit hati itu telah membuatkan warga Twitter terhibur, selain memuji dan merindui zaman kanak-kanak mereka.

“Diorang terlalu Blackpink untuk aku…”

“Zaman aku layan lagu doremon je… macam mana diorang boleh ingat lagu korea…”

“They enjoying their kid time together…”

“This really make my day. Childhood without any gadget disturbance. Create your memories…”

Hebat kau dikk”

Sumber: Iqmal hakim



No comments:

Powered by Blogger.