Vida Tunjuk Barang Kemas & Berlian Untuk Serah Kepada Aishah
Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida akhirnya akan menyerahkan barang kemas dan berlian seperti yang dituntut oleh penyanyi Aishah.
Menurut Vida, penyerahan tersebut dibuat adalah seperti yang telah dipersetujui dalam sesi mediasi bersama yang berlangsung pada 1 Julai lalu.
“Kemelut yang melanda antara saya dan Aishah selama setahun ini perlu dileraikan dan saya komited dalam hal ini.
“Sebagai seorang yang bertanggungjawab, saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah, walaupun sebenarnya ia bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menunjukkan barang kemas dan berlian berkenaan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, pihaknya telah memberi peluang kepada Aishah untuk memilih sendiri barang kemas di kedai di Bangsar.
“Walaupun sebelum ini pihak saya ada menggantikan dengan barangan berlian lain, tetapi saya batalkan kerana barang kemas saya telah diundervaleukan oleh Aishah.
“Cara terbaik… saya bagi pilihan kepada Aishah untuk memilih sendiri set barang kemas dia ingin dan kepinginkan,” jelasnya.
Ujar beliau, bayaran untuk belian barang kemas dan berlian dibuat oleh anaknya, Cik B hasil jualan Salmon Skin Salted Egg. – KopiPlanet.com
The post Vida Tunjuk Barang Kemas & Berlian Untuk Serah Kepada Aishah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: