Ads Top

Nick Jonas Imbas Kembali Kenangan Lamar Priyanka Setahun Lalu

Penyanyi Nick Jonas semalam memberikan dedikasi khas sempena ulang tahun kelahiran ke-37 tahun isteri tersayang, aktres Priyanka Chopra.

Menerusi laman sosial Twitter, Nick memuat naik dua keping gambar Priyanka memakai sari berona merah jambu beserta kapsyen, “Penyeri hidup saya, sepenuh hatiku. Saya sayangkan awak, sayang. Selamat hari lahir.”

Selain Nick, abang ipar Priyanka, Joe dan isterinya, pelakon Game of Thrones, Sophie Turner turut menitipkan ucapan khas buat pelakon kelahiran India itu.

Ketika sambutan ulang tahun ke-36 Priyanka tahun lalu, Nick mengambil keputusan untuk melamar wanita kesayangannya itu selepas beberapa bulan berpacaran di Crete, Greece.

Berkongsikan kisah lamaran itu kepada majalah Vogue, Nick berkata dia menunggu sehingga tengah malam sebelum melutut di hadapan Priyanka dan bertanyakan soalan cepumas, “Sudikah awak akan jadikan saya lelaki paling gembira dengan mengahwini saya?”.

“Saya menunggu jawapan balas daripada dia selama 45 saat, Priyanka sangat terkejut dengan lamaran saya dan ketika itu saya ambil cincin dan sarung ke jarinya sambil saya berkata, “Saya akan sarungkan cincin sekarang dan tidak akan berbuat demikian sekiranya awak tidak bersedia lagi,” kata Nick mengimbas kenangannya setahun yang lalu.

Nick dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember tahun lalu di Taj Umaid Bhawan di Jodhpur. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.