Ads Top

Di Manakah Kita Saat Remaja Islam Meriah Di Pusat Hiburan?

Hati saya menangis pedih. Jam menunjukkan 1.00 pagi, rasa sebak sedih sayu sahaja apabila pergi berdakwah di pusat hiburan. Penuh dengan anak muda Islam, beratur dan keluar masuk di situ.

Sesak dengan anak muda di situ. Ramai anak remaja baik-baik sahaja apabila diberikan nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga yang cabut lari. Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20-an;

“Ustaz, kami ni tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak? Kami berzina, mabuk, ambil pil dan dadah. Boleh solat tak ustaz?”

Adik semua baik-baik, Allah sayang kita semua. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mulakan dengan menjaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah berikan kekuatan untuk tinggal maksiat yang lain-lain.

Bahagia bila adik-adik dekat diri pada Allah. Taat adalah berjuta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Saya lihat ada seorang daripada mereka sebak dan menangis minta doakannya.

Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya sudah lama tinggal solat. Ada beberapa di antara mereka solat hanya satu atau dua waktu sahaja.

Sedihnya. Paling sedih apabila ada yang mak dan ayah sudah meninggal. Ada yang ayah garang, kuat belasah anak-anak, mak dan ayah jauh dekat kampung.

Ada juga yang memang mak dan ayah mereka tidak kisah akan hidupnya. Ramai yang sebenarnya baik, namun kurang kasih sayang. Sanggup habiskan sekurang-kurangnya RM200 seorang. Arak macam air mineral diminum.

4.00 pagi saya tengok anak muda mula keluar pusat hiburan, mabuk dan menjerit-jerit. Semua kelihatan muda lagi. Lelaki dan perempuan ada yang bercium-cium tanpa segan silu. Seram saya tengok.

Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat, macam di Amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah je. Begini nasib anak muda Islam.

Apalah nak dijawab pada Nabi S.A.W dan para sahabat R.H.UM kelak. Maafkanlah diriku ini ya Allah.

Pulang dari bertemu mereka saya tidak dapat tidur, menangis teringat keadaan mereka. Saya sangat sayang dan kasihan pada mereka. Menangis je balik dakwah anak muda semalam.

Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Maafkan saya ye adik-adik semua.

“Ya Allah, bantulah dan berkatilah hidup mereka semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini daripada arak, maksiat, dadah dan zina”




No comments:

Powered by Blogger.