Ketua Ditembak Mati, Mafia Itali Giat Kumpul Anggota Untuk ‘Bangkit’ Semula
‘Keluarga’, mafia Itali, Inzerillo, dilaporkan bekerjasama dengan puak Gambino di New York, Amerika Syarikat (AS) untuk membina semula pangkalan mereka di Sicily. Rantau ini dikenali sebagai pengasas mafia berjaya dan makmur di dunia hitam pada masa lalu.
Polis Itali dan AS, bekerjasama untuk membasmi kejahatan besar puak yang dilaporkan sedang mengumpul anggota bagi membangun kembali asas kekuatan mereka di Sicily.
Rabul lepas (17 Julai), di mana lebih dari 200 anggota polis telah menangkap 19 suspek.
Target mereka adalah puak Inzerillo di ibu kota Sicily, Palermo dan keluarga yang berasal di New York.
Kelompok mafia yang terorganisasi di Sicily telah berubah semenjak kematian pemimpin mafia yang disegani, iaitu Salvatore ‘Toto’ Riina pada tahun 2017.
Riina berperang dengan puak Inzerille pada 1980-an, memaksanya melarikan diri ke AS.
Polis melaporkan sejak itu, kedua puak berusaha untuk merebut kembali bisnes lamanya, dengan bantuan sekutu di AS.
Keluarga Gambino adalah salah satu dari lima puak mafia Itali-Amerika yang terkenal di New York.
Bos mereka ‘Franky Boy’ Cali dilaporkan ditembak mati di Staten Island pada bulan Mac.
Polis Itali melaprokan para suspek yang ditangkap pada Rabu, kini menghadap dakwaan termasuk keanggotaan mafia, pemerasan, penipuan dan menipu persaingan bisnes.
Sumber: CNN Indonesia
No comments: