Jangan Berhenti Sebarkan Kebenaran Meskipun Dibenci
Saudara Firdaus Wong Wai Hung pernah menceritakan mengenai gurunya Dr. Zakir Naik. Dr. Zakir Naik tersenarai antara 500 orang tokoh muslim yang berpengaruh di dunia dan antara “In Spiritual Guru” yang paling berpengaruh di India.
Jadi bagaimanakah pengaruh itu dapat memainkan peranan untuk menyebar luaskan Islam di negara India?
Kita dapat lihat, muslim adalah golongan minoriti di India yang mana majoritinya adalah Hindu. Di India, Dr. Zakir Naik tidak ada masalah untuk bercerita tentang ‘Similarities between Islam & Hinduisme’ dalam negara yang majoritinya Hindu.
Berlainan di Malaysia, kita ada masalah jika bercerita mengenainya. Dan peranan itu digunakan Dr. Zakir Naik dan PeaceTV miliknya, yang kini kita tahu bahawa PeaceTV telah dibanned di India atas sebab-sebab tertentu.
Menurut Saudara Firdaus Wong Wai Hung lagi. Dr. Zakir Naik pernah menceritakan debat antaranya dengan Sri Sri Ravi Shankar pada tahun 2006 semasa pelancaran PeaceTV. Sri Sri Ravi Shankar ini merupakan seorang ‘Spiritual Guru’ yang sangat terkenal di seluruh dunia.
Ketika debat itu, Dr. Zakir Naik bercerita tentang ‘Concept of God in between Islam & Hinduisme’ base on Sacred Scriptures. Dr. Zakir Naik quote (memetik kata) dalam Vedas, contoh dalam Upandishads dan beberapa kitab hindu lain.
Dengan mengatakan bahawa dalam Hinduisme hanya ada satu tuhan, tidak ada rupa bentuk, tidak ada permulaan, tidak ada akhir dan tidak ada ibu bapa. Dr. Zakir Naik quote semua.
Bila sampai gilaran Sri Sri Ravi Shankar bercakap, Sri Sri Ravi Shankar langsung tidak membidas malahan bersetuju dengan Dr. Zakir Naik. Tahu apa yang terjadi selepas itu?
Ramai penyokong Sri Sri Ravi Shankar yang pakai badge Sri Sri Ravi Shankar, terus tanggalkan badge tersebut dan memeluk agama Islam. Dan selepas selesai debat itu juga, ada yang pergi ke pejabat Dr. Zakir Naik untuk memeluk Islam. Wallahualam.
Subhanallah begitulah kehebatan tokoh ini dalam menyampaikan hujah dikhalayak ramai. Dengan kekuatan daripada Allah S.W.T mudah sahaja beliau berdiri tanpa gerun di hadapan jutaan orang bahkan di merata tempat demi menyampaikan Islam.
No comments: