Ads Top

“I Don’t Trust Her…” Aishah Jawab Isu Terus Pergi Ke Kedai Emas

Penyanyi Aishah menyatakan dia ada sebab tersendiri apabila bertindak terus pergi ke kedai emas setelah selesai proses mediasi bersama Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida.

Menurut Aishah, sebelum ini dia mendapat kecaman netizen apabila dikatakan seorang yang gelojoh sehingga terus pergi ke kedai emas.

“Memandangkan kami semua sibuk, nak jumpa pun kadang-kadang susah. Jadi lepas solat kami ambil keputusan untuk pergi terus ke kedai emas di Bangsar Shopping Centre.

“Kalau ditanya kenapa kami terus pergi pun sebab dokumentasi semua dah dapat, termasuk kebenaran daripada mahkamah,” jelasnya.

Aishah berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Jom Chat Utusan yang berlangsung pada malam ini.

Ujarnya memandangkan semuanya sudah selesai dan tiada lagi sesi mediasi pada sebelah petang, mereka ambil keputusan untuk terus ke kedai emas.

“Salah satu perkara paling utama kami terus pergi pun kerana l don’t trust her. Selepas setahun setengah berurusan dan melihat pelbagai kerenahnya, jadi lebih baik kami pergi terus.

“Memang kami sampai dulu, tapi dia tak cerita pula apabila selepas dua minit kami sampai, dia pun terus sampai di kedai emas tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai yuran guaman sebanyak RM7,500 yang dikatakan sebagai sedekah kepadanya, Aishah menyatakan ia adalah persetujuan yang ditetapkan, meskipun usahawan tersebut meminta diskaun.

Ujar Aishah, semasa proses mediasi berkenaan, dia yang bertegas supaya Vida membayar jumlah yuran guaman seperti yang telah ditetapkan.

“Ada yang kata saya hubungi peguamnya dan merayu, sedangkan saya dah bersedia untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

“Lagipun kalau saya kalah, saya yang akan tanggung risiko untuk kena bayar yuran guaman kedua-dua pihak. Jadi, tidak perlu timbul isu sedekah ini,” tegasnya.

Menurutnya, dia juga langsung tidak mengetahui tentang sidang akhbar mengenai penyerahan hadiah yang dibuat oleh Vida pada petang tadi. – KopiPlanet.com

The post “I Don’t Trust Her…” Aishah Jawab Isu Terus Pergi Ke Kedai Emas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.