Ads Top

Duncan James Mengaku Amal Hubungan Sejenis, Bangga Tayang Boyfriend

Ahli kumpulan Blue, Duncan James akhirnya berterus-terang mengenai seksualitinya apabila mengakui dia merupakan seorang pengamal hubungan sejenis.

Menurut Duncan, dia bangga dengan pengakuannya itu malah turut memuat naik fotonya bersama teman lelaki berasal dari Brazil, Rodrigo Reis.

Duncan, 41, turut melahirkan penghargaannya terhadap peminat yang sentiasa menyokongnya biarpun dia merupakan seorang gay.

“Akhirnya saya gembira dapat berterus-terang. Saya tidak pernah mengakuinya sejak beberapa tahun lalu sebab tiada keyakinan untuk berbuat demikian tapi akhirnya saya mengaku dan bangga dengan diri saya dan jejaka di sebelah saya ini membuatkan saya berasa bangga menjadi gay,” katanya.

Duncan pernah menyatakan dia seorang bisesksual pada 2009 namun menukar pengakuan mendedahkan dia seorang gay pada 2012 seperti yang diakui kepada rakannya yang merupakan ahli kumpulan Blue, Simon Webbe.

“Bila saya berkongsikan kisah saya kepada Simon, dia menasihatkan saya agar beritahu kepada ibu yang ketika itu berada di Los Angeles bersama saya di bilik hotel.

“Ketika itu saya buat pengakuan pada ibu dengan mengatakan saya sedang bercinta dengan kekasih saya pada ketika itu, Pete.

“Ibu saya kemudian berkata, “Awak gay?, saya ingatkan awak ada penyakit kanser,” katanya yang terharu dengan sokongan yang diberikan ibunya.

Duncan menerusi temuramah dengan program TV, Loose Women berkata menjadi gay adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya selepas beberapa tahun dia terpaksa menyembunyikan hal itu kepada umum.

Selain Duncan dan Simon, kumpulan Blue yang popular dengan lagu All Rise dan One Love turut dianggotai oleh Lee Ryan dan Anthony Costa. – KopiPlanet.com

The post Duncan James Mengaku Amal Hubungan Sejenis, Bangga Tayang Boyfriend appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.