Benarkah Ada Peribahasa Membawa Maksud Negatif?
Peribahasa ialah susunan perkataan yang pendek dan indah dengan makna yang luas, dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu.
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan. Di mana setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
Tetapi tahukah kita semua? Sebenarnya ada peribahasa melayu yang selama ini kita ingatkan maksudnya adalah baik tetapi adalah tidak baik sebenarnya. Lebih berunsur negatif maknanya. Contohnya seperti peribahasa;
‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.
Selama ini kita memahami maksudnya ialah membuat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Betulkan?
Tetapi tahukah kita apakah maksud sebenar peribahasa tersebut? Ramai yang tidak tahu maksudnya adalah lebih bersifat negatif sebenarnya iaitu:
‘Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya’.
Tentu anda tidak sangka bukan? Begitu juga peribahasa ini;
‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’.
Ramai juga yang menganggap peribahasa ni membawa makna tidak baik. Seolah-olah seperti adat lebih penting daripada anak dan segala-galanya. Bahkan ada yang beranggapan Islam juga turut diketepikan berdasarkan makna peribahasa ini.
Sebenarnya itu adalah tidak benar dan silap sama sekali. Peribahasa itu tergantung ayatnya. Ada sambungan sebenarnya peribahasa itu. Bukan sampai di situ sahaja. Bahkan maknanya tidaklah meminggirkan Islam pun.
Ayat penuh peribahasa tersebut ialah;
‘Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat,
Adat Bersendi Hukum, Hukum Bersendi Kitabullah’.
Lihatlah. Adakah ia adat semata-mata? Ya, mungkin pengamalan agama pada masa lalu tidak menyeluruh sebab keterbatasan maklumat dari sumber asal turunnya Islam itu sendiri.
Tetapi peribahasa ini menunjukkan betapa teguhnya nenek moyang kita ingin berpegang pada kitabullah. Wallahualam.
No comments: