Azira Shafinaz Tidak Pernah Rasa Suasana Satu Syawal Di Kampung
Suasana sambutan satu Syawal pastinya akan rasa lebih meriah sekiranya ia dapat disambut di kampung halaman bersama ahli keluarga dan sanak saudara.
Bagaimanapun, pelakon Azira Shafinaz menyatakan sepanjang usianya 28 tahun, dia belum pernah merasai kemeriahan menyambut satu Syawal dalam suasana kampung.
“Memang setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, saya akan sambut di Kuala Lumpur sahaja. Kalau diikutkan saya ada kampung di Johor dan Perak, tetapi hanya akan pulang pada raya ke-3 atau ke-4. Itupun sebab nak menziarah kubur.
“Tidak dinafikan memang ada perasaan nak merasa beraya di kampung, tetapi saya masih lagi mempunyai ahli keluarga serta kebanyakan saudara-mara pun ramai menetap di Kuala Lumpur,” ujarnya yang juga ahli kumpulan DeFam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Azira berkata, biarpun kini sibuk dengan dunia lakonan, komitmen bersama DeFam tetap diutamakan.
Ujarnya, setelah agak lama DeFam tidak tidak tampil dengan lagu terkini, berkemungkinan besar mereka akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu baharu.
“Kalau ikut perancangan adalah lepas raya, cuma tarikh yang masih belum ada lagi. Lagu pun sudah ada dan hanya sedikit perubahan yang akan dibuat,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Azira Shafinaz Tidak Pernah Rasa Suasana Satu Syawal Di Kampung appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: