Ads Top

Tengku Maimun, Wanita Pertama Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara

Tanggal 2 Mei 2019, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Ia mula dikuat kuasa mulai 2 Mei setelah tamatnya perkhidmatan Tan Sri Richard Malanjum pada 12 April lalu setelah mencapai umur 66 tahun dan enam bulan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persektuan,” ucap beliau.

Pelantikan ini telah dipersetujui oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan melalui perkenan Majlis Raja-Raja.

Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan memaklumkan majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat perkenan baginda.

Beliau merupakan Ketua Hakim Negara wanita yang pertama telah dilantik di Malaysia . Sebelum ini, beliau telah bertugas sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudiannya di Shah Alam. Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya Hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.




No comments:

Powered by Blogger.