Sah… Aliff Aziz Dan Bella Astillah Akhirnya Bercerai Talak Satu
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang tadi.
Aliff berkata, dia dan Bella sudah sah bercerai dengan izin mahkamah dan dia enggan memberikan sebarang alasan terhadap penceraian tersebut.
“Saya manusia biasa dan tidak mencari alasan apa-apa. Isteri saya pun dah beri yang terbaik sejak kenal dia lima tahun yang dulu.
“Mungkin ini adalah pengajaran untuk saya perbaiki diri saya. Saya minta maaf kepada semua, terutama sekali Bella dan juga keluarga,” ujarnya.
Sebelum ini, timbul kontroversi terhadap pelakon berkenaan apabila gambarnya bersama seorang wanita telah tersebar di Internet sehingga mengundang kecaman netizen.
Malah, pelakon kelahiran Singapura itu juga pernah dikaitkan dengan dua orang pelakon iaitu Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.
Ujarnya, buat masa ini apa yang dia mahu lakukan adalah mahu memperbaiki dirinya dan itu merupakan nasihat yang diberikan oleh bekas isterinya itu.
“Secara jujurnya saya masih sayangkan Bella dan anak. Mungkin perbuatan saya berlaku di luar kawalan saya dan biar Allah membuka jalan kepada diri saya,” jelasnya.
Sementara itu, Bella pula menyatakan dirinya sudah pun mencuba yang terbaik, meskipun pelbagai kata-kata yang telah dilemparkan terhadapnya.
Ujarnya, dia memang sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinannya dan sedar sesiapa sahaja akan melakukan kesilapan itu yang membuatkan dia sentiasa memaafkan Aliff.
“Cuma kali ini saya rasa biarlah dengan keputusan untuk berpisah ini menjadi jalan yang terbaik. Apa pun yang terjadi, Aliff tetap bapa kepada anak kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Sah… Aliff Aziz Dan Bella Astillah Akhirnya Bercerai Talak Satu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: