Ads Top

Rita Rudaini Anjur Kejohanan Bola Sepak RR Junior Cup 2019

Untuk memenuhi minat dan hobi kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, pelakon popular Rita Rudaini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada pertengahan tahun lalu.

Dengan penubuhan kelab tersebut, ia menjadikan pelakon berkenaan sebagai artis wanita pertama di Malaysia yang menubuhkan kelab bola sepak.

Pada masa sama, berdasarkan minatnya yang sangat mendalam dengan bola sepak juga, Rita bakal menganjurkan sebuah kejohanan iaitu RR Junior Cup 2019 yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai ini di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam.

“Pada mulanya anak-anak saya tidak minat bermain bola sepak, tetapi lama kelamaan mereka mula meminatinya kerana pengaruh rakan di sekolah,” katanya.

“Misi saya juga untuk melahirkan golongan pelapis sekali gus memartabatkan lagi sukan bola sepak tanah air. Setakat ini ahli kelab RR Cougars FC mencecah lebih 30 orang daripada usia 5 hingga 10 tahun,” ujarnya.

Menurut Rita, ketika penubuhan kelab bola sepak itu juga, dia telah sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menubuhkan kelab berkenaan.

Jelasnya, dia turut mengambil jurulatih profesional khusus untuk melatih ahli-ahli kelab untuk menyertai pertandingan bola sepak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejohanan tersebut, Rita menyatakan pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, 10 dan 8, manakala tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun ini.

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM1,000 berserta medal dan trofi, tempat kedua RM700 berserta medal dan tempat ketiga RM500 berserta medal.

“Ia adalah pertandingan kedua anjuran RR Cougars FC selepas kali pertama Oktober tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama, Rita mempelawa kepada mana-mana jenama sukan, syarikat bukan kerajaan dan orang perseorangan bagi berkolaborasi dengannya untuk menjayakan pertandingan itu nanti.

Malah, Rita merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Oakwood Hotel & Residence yang sudi menaja lokasi sidang media hari ini.

Rita juga ingin meuar-uarkan kepada pasukan yang datang dari luar Lembah Klang boleh mendapatkan penginapan di Oakwood Hotel & Residence dengan harga berpatutan disediakan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan Coach Hazra ditalian 012-968 9275. – KopiPlanet.com

The post Rita Rudaini Anjur Kejohanan Bola Sepak RR Junior Cup 2019 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.