Ads Top

Nora Danish Akui Pernah Rasa Kurang Selesa Ditemani Pengawal Peribadi

Pelakon popular Nora Danish akui dirinya pernah berasa kurang selesa apabila pergerakannya dikawal oleh pengawal peribadi.

Bagaimanapun, Nora memberitahu dia perlu menggunakan khidmat pengawal peribadi yang disediakan oleh suaminya, Nedim Nazri atas faktor keselamatan.

“Sebelum ini saya tidak pernah ada pengawal peribadi dah hanya selepas berkahwin barulah saya menggunakannya, itupun selepas suami yang sediakan.

“Sebenarnya suami sangat risaukan keselamatan diri saya dan dia mahu elakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Nora berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Program Ramadan Astro 2019 yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini.

Ujarnya, dia sendiri seorang kurang pandai menjaga diri, selalu terlupa, suka meninggalkan barang merata-rata serta tidak mempunyai pembantu peribadi (PA) menyebabkan khidmat pengawal peribadi diperlukan.

“Pada mulanya memang saya rasa langsung tidak selesa sehinggakan pernah menyuruh pengawal peribadi berada pada jarak yang jauh daripada saya.

“Namun begitu, mereka pula yang dimarahi Nedim memandangkan sudah menjadi tugas mereka untuk menjaga keselamatan diri saya,” jelasnya.

Menurutnya, dia juga sudah berpesan kepada pengawal peribadinya supaya memberi kelonggaran sekiranya ada peminat yang mahu bergambar. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nora Danish

The post Nora Danish Akui Pernah Rasa Kurang Selesa Ditemani Pengawal Peribadi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.