Ads Top

Ingatkan Dah Lintas Jalan, Bapa Saudara Tak Perasan Terseret Anak Saudara 20 Meter Jauh

Berita yang mengejutkan datang dari Bharat Nagar Delhi di mana seorang budak lelaki berusia tiga tahun dilanggar oleh bapa saudaranya sendiri secara tidak sengaja dan diseret dengan kereta hampir 20 meter pada petang Isnin lalu.

Keseluruhan insiden itu dirakam melalui CCTV dan menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5:17 petang ketika ayahnya ingin membawa anak saudaranya pulang ke rumah.

Sebaik menurukan anak saudaranya di sebuah jalan, tanpa sedar dia sebenarnya sudah terseret anaknya sekurang-kurangnya 20 meter jauh daripada tempat kanak-kanak itu diturunkan.

Dalam satu soal siasat, bapa saudaranya menyangka kanak-kanak itu sudah pun melintasi jalan dan menuju ke rumah, namun setelah menurunkannya dia merasakan seperti melanggar sesuatu tapi tidak menyangka ‘sesuatu’ itu sebenarnya adalah tubuh anak saudaranya sendiri.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghentikan kereta dan cepat-cepat menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum bergegas ke hospital.

Sementara itu, polis sedang melakukan siasatan ke atas kes itu dan juga mengimbas rakaman CCTV di kawasan tersebut.

Sumber: Catch News Delhi




No comments:

Powered by Blogger.