Ads Top

Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang’ Bersama Dua Cef Selebriti Terkenal

Buat julung-julung kalinya dua cef selebriti terkenal tanah air iaitu Cef Zam dan Cef Sabri Hassan berkolaborasi bersama Neujina Events menganjurkan Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang’.

Pemilihan kedua-dua cef tersebut berdasarkan kemahiran, pengalaman, mutu masakan dan kreativiti mereka dalam penyediaan makanan yang berkelaskan lima bintang. Malah, kedua-dua Chef ini akan memasak secara eksklusif di Neujina Events bertempat di Seksyen 26 Shah Alam dengan menu signature ‘special dulang’ mereka yang tiada di tempat lain .

Ia berkonsepkan dua hari masakan Timur Tengah oleh Cef Sabri pada 24 & 25 Mei 2019 dan dua hari masakan asli Pantai Timur oleh Cef Zam pada 31 Mei dan 1 Jun 2019. Istimewanya, kolaborasi tersebut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah mereka yang beriftar berpeluang untuk memenangi penajaan pakej perkahwinan bernilai hampir RM30,000, termasuk tiket penerbangan bulan madu anjuran Neujina & Friends. Cabutan bertuah ini akan diadakan pada 1 Jun 2019 di Neujina Events dan akan diumumkan melalui live laman Instagram Nuejina Events.

Selain itu, Neujina Events atau dikenali D’neujina sebelum ini akan menyajikan lebih 50 jenis makanan buffet termasuk ‘stalls makanan’ dan masakan signature oleh cef di setiap meja pelanggan sebagai pembuka selera iftar. Bangunan tiga tingkat itu yang akan didekorasi oleh RS EVENT KL turut menyediakan ruangan solat, tempat letak kereta percuma serta boleh menampung hampir 320 orang untuk beriftar pada masa yang sama.

Antara menu menarik oleh Cef Sabri adalah Kambing Kashmiri, Ayam Panggang Morocco, Nasi Mandi, Samosa Zam Zam Ala Kazam , Murtabak Turkey, Kambing Kuzi, Macaroni Masak Arab dan lain lain lagi.

Manakala Cef Zam pula seperti Nasi dagang, kerutuk ayam, ketupat sotong, gulai ikan tongkol, pulut lepe, akok, nasi kuning, satay ikan, mee rebus, rendang dendeng dan semua menu akan dihidangkan dengan 50 jenis buffet termasuk stalls, pembuka selera dan pencuci mulut.

Antara hadiah -hadiah sampingan yang bakal dimenangi oleh orang ramai yang beriftar di Neujina Events adalah sepasang baju melayu Keek Collection, hamper kosmetik Syok Kosmetik, baucer rawatan wajah Millennium Clinic KL, tiket penerbangan Firefly, hamper Neujina Events dan lain lain.

Istimewa untuk syarikat swasta dan kerajaan yang menempah majlis iftar mereka di Neujina Events, mereka bersetuju untuk menaja ‘Open House Raya’ syarikat mereka di Neujina Events sebagai tanda penghargaan dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi hadiah penajaan pakej perkahwinan hampir RM30,000 anjuran Nuejina & Friends ini pula termasuklah penyewaan penuh dewan Neujina Events, dekorasi dewan dan pelamin (RS Event KL), khidmat jurugambar (Iriskirana) dan photobooth (Instaphotobox), jurusolek (MUA Nadia Nordin), baju pengantin lelaki dan wanita (Suriani Hassan).

Selain itu turut disediakan buffet pembuka selera (Comot2) dan pemanis mulut (Khalis Catering), makanan untuk makan beradab untuk pengantin, tiket penerbangan bulan madu (Firefly), hamper hantaran kosmetik (Syok Kosmetik), rawatan wajah pengantin (Millennium Clinic KL) dan Kek Kahwin (Anne Idris MyMumsBakery).

Dalam pada itu, Kempen Amal Iftar Di Neujina Events ini akan dilengkapi dengan misi untuk bersedekah 10% daripada hasil jualan iftar ke Zakat Selangor. Pastinya konsep ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia kerana bukan sahaja untuk beramal, malah ia boleh memberikan berita gembira bagi bakal mempelai sebelum menyambut hari lebaran nanti dan sekiranya pemenang sudah berkahwin, hadiah tersebut boleh ditukar milik tertakluk pada terma dan syarat.

Kempen dan tempahan tiket sudah bermula dan harga sebelum 11 Mei 2019 adalah RM99 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak). Rebutlah peluang ini kerana ia terhad 320 tempat duduk pada setiap tarikh. Untuk maklumat lanjut sila hubungi (017-2580057) atau layari laman Instagram Neujina Events. – KopiPlanet.com

The post Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang’ Bersama Dua Cef Selebriti Terkenal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.