“Wanita Muslim Itu Ditendang Dan Ditumbuk,” Tindakan Polis Dikecam Masyarakat, Wartawan Ini Bongkar Kisah Sebenar Disebaliknya
Malam tadi tular sebuah video di laman twitter tentang insiden seorang wanita muslim yang ‘dibelasah’ oleh pegawai polis. Video yang berdurasi 22 saat itu menggegarkan twitter dan mendapat kecaman dari orang ramai. Dikatakan bahawa kejadian itu terjadi di sebuah bandar di Belanda.
Klip tersebut memaparkan seorang wanita yang berhijab ditendang di bahagian perutnya selepas cuba menghalang tindakan polis yang cuba menangkap seseorang wanita. Wanita berhijab berkenaan sebenarnya cuba menghalang polis terbabit dari terus menendang wanita berkenaan namun dirinya pula yang menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu, polis kemudiannya menumbuk muka wanita muslim terbabit.
A Dutch police officer is seen kicking and punching a Muslim woman in a video posted on social media pic.twitter.com/fMP99wDbtY
— TRT World (@trtworld) April 18, 2019
Insiden telah menaikkan kemarahan global dan mendakwa bahawa polis telah melakukan keganasan kepada wanita dan berkelakuan sedemikian rupa kerana wanita berkenaan merupakan seorang muslim.
Namun benarlah kata orang, kita tidak boleh mendengar cerita dari satu pihak sahaja. Terbaru, pengguna twitter telah ‘menjumpai’ video penuh insiden itu yang dimuat naik oleh seorang wartawan dan jurugambar, Andy Ngo.
The previous clip was sourced from left-wing activists & didn’t present an accurate account of what happened. This longer video shows 2 officers were attacked (& tackled) by a crowd in Utrecht, Netherlands while trying to arrest a man. This happened on 15 April. pic.twitter.com/lTmRlBYc0p
— Andy Ngo (@MrAndyNgo) April 17, 2019
Menurut Andy, video yang dipaparkan sebelum ini bukanlah video yang penuh. Video sebenarnya memaparkan 2 orang anggota polis yang terlebih dahulu diserang oleh orang awam. Dikatakan bahawa orang ramai bertindak sebegitu kerana mahu menghalang pihak polis dari menangkap seorang lelaki.
The post “Wanita Muslim Itu Ditendang Dan Ditumbuk,” Tindakan Polis Dikecam Masyarakat, Wartawan Ini Bongkar Kisah Sebenar Disebaliknya appeared first on Siakap Keli.
No comments: