Ads Top

(Video) Masjiq Al-Aqsa Dan Katedral Notre Terbakar, Kebakaran Berlaku Pada Waktu Yang Sama

Kecoh malam tadi apabila dua bangunan ikonik dan bersejarah dunia, Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan Katedral Notre Dame di Paris terbakar pada waktu yang sama.

Rakaman video menyaksikan asap dan api muncul dari atap struktur ruang solat yang dikenal pasti sebagai Bilik Solat Marwani.

Salah seorang penjaga masjid memberitahu bahawa kebakaran berlaku di bahagian atap masjid dan petugas pemadam kebakaran berjaya menghentikan kebakaran tersebut.

Polis Israel telah membuka satu siasatan kes ke atas kejadian itu susulan ketidak-hadiran seorang pengawal yang sepatutnya bertugas ketika insiden itu berlaku.

Selain itu, pada waktu yang sama turut berlaku kebakaran di Katedral Notre-Dame apabila sebahagian daripada bangunan itu musnah dijilat api.

Seorang ahli bomba turut tercedara dalam misi menyelamat bangunan berkenaan.  Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu ia adalah insiden paling teruk pernah berlaku.  Dalam masa yang sama, beliau turut memberi amaran bahawa api kemungkinan akan terus membakar selama beberapa hari ini.

Walau bagaimanapun struktur utama Notre Dame serta dua menaranya dapat diselamatkan.  Api yang sangat dahsyat telah memusnahkan bumbung mercu tanda warisan dunia UNESCO yang berusia 850 tahun itu.

Orang ramai diseluruh dunia mendoakan keselamatan kedua-dua negara yang mengalami bencana serentak.

Sumber: The Guardian, Al Araby

The post (Video) Masjiq Al-Aqsa Dan Katedral Notre Terbakar, Kebakaran Berlaku Pada Waktu Yang Sama appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.