Ads Top

“Tiada Perbincangan Dibuat Bersama Pihak Finas” – Ahmad Idham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri menegaskan bahawa pihak Finas tidak pernah diberitahu mengenai kemunculan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura semasa menyampaikan trofi Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung baru-baru ini.

Ahmad Idham berkata, dia sendiri sudah membuat pemerikasaan dengan jawatan kuasa Finas dan FFM30 berhubung isu yang timbul itu.

“Saya sudah memeriksa dengan jawatan kuasa Finas dan FFM30 dan didapati tiada persetujuan mengenai Fattah dan Fazura naik bersama-sama untuk menyampaikan anugerah.

“Malah, saya juga difahamkan ada beberapa penggiat seni yang menyatakan rasa tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah tidak menghormati agenda majlis nasional seperti ini,” kata Ahmad Idham.

Tegasnya lagi, kesemua penyampai pada malam itu juga adalah mereka yang sudah pun pernah dinobatkan sebagai pemenang menerusi pelbagai kategori FFM sebelum ini.

Sehubungan itu, Ahmad Idham meminta pihak produksi memberi surat tunjuk sebab serta bertanggung jawab ke atas tindakan yang disifatkan tidak wajar berlaku dalam sejarah FFM.

“Finas merupakan pihak yang membayar kos produksi pada malam itu. Lagipun ini bukan majlis anugerah sekolah menengah yang boleh diubah sesuka hati,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau berharap agar pihak Datuk Hans Isaac dan Fazura tidak perlu bersengketa hinggalah laporan lengkap diterima oleh pihak Finas. – KopiPlanet.com

The post “Tiada Perbincangan Dibuat Bersama Pihak Finas” – Ahmad Idham appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.