Ads Top

Setelah 10 Hari Bergelar Isteri Fasha Bulan Madu Untuk Kali Kedua Bersama Suami Tersayang

Pelakon Fasha Sandha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz baru sahaja memuat naik beberapa keping foto menerusi entri terkininya di Instagram.

Pelakon Teratai Kemboja itu berkongsi momen indah dirinya yang kini sedang berbulan madu bersama suami tersayang.

Lebih menarik, sesi percutian itu juga turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain memandangkan sebelum ini, keduanya mengisi masa berdua ketika berbulan madu selama beberapa hari.

Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan ,Honeymoon bawak family. Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2

Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat. Terima kasih Mr Simon dan seluruh team LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
Tempat tinggal yang sangat selesa, makanan pun semua sedap2.
Thank You!!! @lexishibiscus ❤️

Antara Gambar yang dikongsi oleh Fasha Sanda.

Terdahulu , Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu di kampung halaman pelakon berkenaan di Perlis dengan sekali lafaz.

Semoga Fasha dan Aidil kekal bahagia sehingga akhir hayat. AMin

Fasha Sandha Dan Suami Aidil Aziz Kena Sental Periuk Selepas Habis Majlis Bersanding

Hari ini berlangsungnya majlis bertandang bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau Negeri Sembilan. Majlis yang diadakan di kampung halaman Aidil itu sangat meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Aidil dan Fasha sekali lagi menyarungkan busana bercorak songket warna kelabu rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Apa yang menariknya, majlis kali ini berkonsepkan melayu klasik, siap naik tandu lagi!

AIDIL AZIZ TERUJA
“SAYA begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz, 32, ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha, 35, di Kampung Tanah Datar Gancong, Kota, Rembau hari ini.

Pelakon filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior itu berkata, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya.

CUCI PERIUK KENDURI ..
Ini dinamakan adat dan jarang kita lihat selebriti terkenal buat perkara begini. Biasa cuci atau sental periuk ini hanya dibuat di kampung (kalau buat masa dalam dewan pakai katering, tak ke pelik namanya).

Gambar tersebut dimuat naik oleh laman popular instagram Makcik Puaka. Memang comel sangat, Fasha Sandha siap pakai crown lagi sental periuk

Syukur Majilis Berjalan Lancar
“Sebenarnya jemputan hanya 3,000 tetamu dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tetamu tidak pulang dengan perut kosong,” katanya.

Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya.

“Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup membabitkan ahli keluarga terdekat saja.

Majlis Bertandang Fasha Sandha dan Aidil Aziz berarak menaiki tandu

Sumber: Instagram Fasha Sanda via Mediahiburan




No comments:

Powered by Blogger.