Ads Top

Rokok Elektronik NCIG Berjaya Bantu 60,000 Henti Merokok

Sejak dilancarkan pada 12 Januari lalu, produk alternatif berhenti merokok, NCIG sudah terjual lebih 60,000 unit dalam tempoh kurang dari empat bulan.

Lebih menarik, produk dalam bentuk peranti ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menjadi buah mulut bagi perokok tegar yang berjaya menghilangkan ketagihan merokok sejurus bertukar kepada NCIG.

Menurut pengasasnya, Sharifuddin Bujang, dia merupakan pengguna pertama NCIG memandangkan dirinya merupakan seorang perokok tegar semenjak dari bangku sekolah.

“Saya adalah pengguna pertama NCIG. Selepas berjaya berhenti merokok lebih setahun dengan menggunakan peranti ini, barulah saya yakin untuk menjual produk ini kepada umum.

“Pihak kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan maklum balas dan sambutan luar biasa yang diterima. Kualiti produk yang dibawakan memang dicipta khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok. Seterusnya membantu mereka untuk terus berhenti merokok.

“Saya juga amat teruja apabila sambutan baik turut diterima dalam kalangan selebriti dan salah satu maklum balas positif yang saya dapat adalah daripada seorang warga emas berumur 70 tahun yang kini sudah meninggalkan tabiat itu selepas 20 tahun menjadi perokok tegar,” katanya.

Sharifudiin atau lebih mesra disapa Pakdin turut menambah, peranti yang kini hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah itu dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya di Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangannya dilakukan di China.

“Harapan saya sangat besar iaitu ingin melihat lebih 1 juta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020.

“Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, NCIG akan membuka cawangan pertama di Malaysia pada 27 April ini yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bukan hanya mendapat sambutan di tanah air, NCIG kini turut melebarkan sayapnya ke negara seberang, Indonesia.

Sehingga kini lebih 10,000 peranti NCIG sudah dipasarkan ke Indonesia pada fasa pertama dan rata-rata memberi respon yang sangat baik.

“Target kami di Indonesia juga menjangkau 1 juta unit ‘starter kit’ kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok,” ujar Pakdin lagi. – KopiPlanet.com

The post Rokok Elektronik NCIG Berjaya Bantu 60,000 Henti Merokok appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.