Ads Top

Pengarah Michael Ang Akui Sudah Peluk Islam Sejak Setahun Lalu

Pengarah popular Michael Ang menerusi satu video di saluran YouTube Official Ria X mengakui sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun yang lalu.

Dalam video tersebut, pengarah berkenaan memberitahu sejak mendalami agama Islam masih banyak perkara yang harus dirinya pelajari.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang muslim dan bersedia untuk memberitahu semua tentang perkara ini.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang apabila orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini,” luahnya.

Jelasnya, dia juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan kerana ia adalah antara saya dan Allah.

“Doakan sajalah saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan tunjuk ajar semua semoga kita jadi yang terbaik di mata Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pengarah Michael Ang Akui Sudah Peluk Islam Sejak Setahun Lalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.