Masih Terkesan, Nazim Othman Belum Sedia Cari Pengganti
Pelakon Nazim Othman mengakui dirinya masih lagi terkesan dengan perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally yang telah berlangsung semalam.
Nazim berkata, dia pernah menyalahkan diri sendiri akibat kegagalan perkahwinannya dulu, namun kini dia sudah dapat menerima dengan hati terbuka.
“Secara jujurnya saya masih terkesan kerana gagal untuk menyelamatkan rumah tangga kami sampaikan ada rasa ralat dengan diri sendiri dulu.
“Sehinggakan saya pernah salahkan diri sendiri, tetapi semuanya dapat diatasi apabila saya memaafkan diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak setelah menyedari segala kesalahan adalah berpunca daripada diri saya,” ujarnya.
Nazim berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single Cerita Kita yang berlangsung pada hari ini.
Menurutnya, biarpun bekas isterinya sudah kembali berumah tangga, buat masa ini dia masih belum lagi bersedia untuk menamatkan zaman dudanya.
Malah, Nazim juga mengakui sepanjang bergelar seorang duda, masih belum ada lagi mana-mana wanita yang cuba mendekati dirinya.
“Sekarang ini saya masih dalam fasa belum terbuka untuk mencari atau menerima pengganti. Saya perlu bagi sedikit masa untuk perbaiki diri terlebih dahulu,” jelasnya.
Mengenai single terbaharu ciptaan Omar K dan Audi Mok itu pula, Nazim menjelaskan ia langsung tidak berkaitan dengan kisah dirinya dan bekas isteri.
Ujarnya, lagu berkenaan sudah siap dihasilkan sejak lebih setahun yang lalu, malah ketika Bella masih menjadi isterinya lagi.
“Saya nafikan kalau ada yang kata lagu ini berkaitan dengan kami. Malah, bekas isteri juga sudah pernah lagi ini dan dia turut memberikan pujian,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Masih Terkesan, Nazim Othman Belum Sedia Cari Pengganti appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: