Ads Top

Jawapan Mira Filzah Apabila Ditanya Apa Yang Dia Suka Dipanggil Buat Orang Ramai Cair

Mira Filzah baru-baru ini ada membuat live di IGnya untuk peminatnya. Rajin Mira melayan pertanyaan dari peminatnya dan yang paling menarik perhatiannya apabila dia ditanya “Do you prefer called baby or sayang?”

Jawapan Mira adalah “Baby Sayang” dengan nada suara yang manja habis.Sememangnya suara Mira ini memang lembut dan bukan dibuat-buat. Comel sangat!!

Cuma orang ramai masih tertanya-tanya apa status Mira ni? Dah berpunya ke single.. Jatang sekali MIra Filzah ni digossip, melainkan dengan Zizan Razak dulu. Apa-apa pun semoga maju jaya Mira Filzah Baby Sayang. Haha.

Video Live Baby Sayang

Kalau betul nak bertudung, ikhlaskan hati dan kuatkan iman – Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah terasa sedikit ralat apabila ditanya mengenai isu artis membuka tudung semakin menjadi-jadi di industri hiburan tanahair.

Namun, bagi Mira Filzah,26, sebagai manusia kita tidak boleh menghukum tindakan artis yang memilih untuk membuka tudung. Bagi Mira, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka memilih ke jalan itu.

‘Bagi saya, setiap kecaman yang diberi oleh masyarakat sebenarnya tidak membantu seseorang artis itu. Pastinya, ada sebab kenapa perkara ini berlaku dan saya rasa tindakan yang paling baik adalah memberi mereka peluang malah tak salah kalau kita beri nasihat dengan cara baik dan lembut.

‘Tapi, saya ada rasa sedikit ralat apabila perkara ini berlaku. Bagi sesiapa yang ingin memakai tudung, cubalah ikhlaskan dan tenangkan hati serta kuatkan iman. Rakan-rakan dan persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting untuk kita kuatkan iman kerana dugaan pasti akan datang’.

Sumber:IG MiraFilzah




No comments:

Powered by Blogger.