Ads Top

Indah Ruhaila Berjodoh Nyanyi Lagu OST Drama Nur 2

Setelah sekian lama tidak tampil dengan lagu baharu, kali ini Indah Ruhaila kembali dengan single Pudar bagi merancakkan lagi resumenya sebagai anak seni.

Lagu Pudar merupakan salah satu lagu original soundtrack (OST) drama Nur 2.

Menurut Indah, dia pernah ditawarkan untuk menyanyikan lagu OST drama Nur tahun lalu namun disebabkan mengalami masalah kesihatan dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Sebenarnya lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama Nur tahun lalu. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pudar yang diterbitkan Nova Music sudah boleh mula didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik sejak 29 Mac lalu.

Single itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Amylea Azizan.

Sempena pelancaran muzik video Pudar, Indah bakal mengadakan persembahan akustik live menerusi saluran Youtube Nova Music Videos pada jam 8 malam ini. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.