Inai Pun Masih Merah Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umumkan Berita Gembira
Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah wakilan terkini bagi produk Inner Shine.
Mengenakan persalian gaun ungu cair senteng, Fasha turut memberitahu meski inainya masih merah di jari, perlantikan tersebut disifatkan sebagai rezeki kahwin dan anak-anak.
“Bismillahirahmanirahim, Inai merah masih dijari. Rezeki kahwin dan anak2, hari ini saya di Kuala Lumpur untuk PC perlantikan saya sebagai Duta Inner Shine terbaru untuk tahun 2019.
“Terima kasih Miss Lam Hui Min daripada Brands Suntory kerana memilih saya sebagai Duta terbaru Inner Shine. Terima kasih juga buat Semua yang hadir hari ini terutamanya Suami tersayang , Media dan para peminat ,”tulisnya ringkas.
Foto: instagram Fasha Sandha
Via Media Hiburan
“Tak Boleh Lama-Lama Nanti…,” Aidil-Fasha Terus Bulan Madu Di Langkawi, Dedah Sebab Tak Bawa Anak
Pengantin baru,Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini sedang berbulan madu di Langkawi, Kedah.
Detik indah itu dikongsikan Fasha di Instagrammya.
“Just a Short honeymoon,Tak boleh lama2 nanti Rayfal dan Jemyma rindu.Paling sweet, tadi pagi Rayfal called, cakap rindu ibu, nak ibu…“Lepastu, Abang Aidil suruh Rayfal dan Jemyma join kami, tapi mama dengan Kakak sulungku Farra tak benarkanGambar diambil dengan menggunakan P30 pro,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini menyarungkan tiga busana perkahwinan iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi yang diadakan pada Ahad lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Sumber: Media Hiburan
Alhamdulliah..Fasha Sandha Manis Berhijab,Kini Sah Milik Aidil Aziz…! Sekian lama terpendam, Luahan Ibu Fasha Menyentuh Hati..!
Pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tv3 Malaysia, berkongsi video majlis akad nikah mereka yang berlangsung sebentar tadi.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.
Sebelum ini, Ibu kepada Fasha Sandha sempat membuat luahan perasaan. Beliau dikenali sebagai Hatijah Teh Man mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan, Aidil Aziz pada 30 Mac ini (Sabtu).
Perkara itu dikongsikan Hatijah melalui status dalam laman Instagram kelmarin membuatkan peminat terkejut secepat ini rupanya majlis berlangsung!
“Sebelum menjelangnya lusa (30 Mac), bersempena anakku akan bergelar isteri kepada Aidil. Mama ucapkan agar berbahagia hidupmu anak sehingga ke Jannah.
“Mama mendoakan agar Aidil dapat memberi kasih sayang kepadamu terutama kepada cucu-cucu mama sehingga ke hujung nyawa dengan seikhlas hatinya,” tulisnya.
Tahniah Fasha & Aidil!
“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulisnya.
Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.
Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Pastinya ramai peminat setia Fasha dan Aidil tidak sabar mahu menantikan majlis perkahwinan mereka.
Kali ini saya rasai erti perkahwinan sebenar
Bergenang air mata pelakon Fasha Sandha apabila membayangkan hari pernikahannya dengan Aidil Aziz semakin dekat.
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu, tidak dapat menyembunyikan rasa sebak kerana hari bahagia kali ini mendapat restu dua belah pihak iaitu daripada keluarganya sendiri dan Aidil.
Dugaan Bernikah..
“Dugaan sebelum hari pernikahan pasti ada. Kalau tiada, tidak normal. Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar.
Direstui dua keluarga
“Mungkin kali ini apabila mendapat restu daripada kedua-dua pihak, rasanya lain. Lebih disayangi.
Sumber ; Hangat.com
Kredit:TalamKeladi
No comments: